Search


Pada hari ini mamak haji masak serunding dag...

  • Share this:


Pada hari ini mamak haji masak serunding daging ayam. Peh. ini bukan masakan mamak tapi memang mamak haji suka betul dengan serunding daging tapi dah kesihatan dah pudar kena lupakan daging kerana asid amino yg tinggi maka cuba buat serunding ayam. Serunding ini biasanya terletak pada tahap kekeringan hasil masakan. Nak keringkan dgn menggunakan dapur , alahai masa itu dan juga kenalah selalu kacau ..mamak haji tak larat kerja remeh temeh ini. Maka mamak haji ambil keputusan gunakan ketuhar/oven je!. kerja senang dan cepat..hahaha!. Buatlah apa juga resepi serunding ini tapi bila masakan mula kering sedikit, ambil baking tray..lapikan dgn aluminium foil dan isikan kedalam tray serunding basah anda. Bake serunding dlm suhu 200c selama 30 minit..kalau rajin dan nak yg kering lagi boleh tambah masa kpd 40 minit..tapi mamak haji rasa 30 minit dah cukup tak sabar nak makan dgn nasi panas..dlm setiap 15 minit kacau sedikit kerana bahagian bawah lembab sedikit. Bagi yang katerer atau taukeh warung nasi..ayam yg berlebihan jgn buang..basuh isi ayam simpan didlm peti sejuk. Bila terkumpul rebus kembali carik isi ayam dan buat serunding dan jual balik...hahaha!. Jgn bazirkan makanan..serunding recycle ini gerenti lebih sedap dari biasa dgn ayam direbus kosong...kik dia lebih, gerenti!. kalau nak jual terpaksa gunakan bahan kimia...tapi buat sebagai frozen food tanpa bahan kimia cuma masukkan dlm peti sejuk saja..ia lebih rasa original dari dapur rumah. Mamak haji buat paket kecil ini dan hadiahkan kepada jiran-jiran dapat juga bonus akhirat sikit hari ini...ada yg call mamak haji nak order..hhahaha..org niaga ini inilah payah..bila hantar nasi tomato bungkus ke mesjid niat nak hadiah..org kata ini mesti mamak bagi barang tak laku..kalau hadiahkan pada jiran-jiran nak ambil berkat sikit..depa kata, ini mesti barang promosi niaga mamak..kena sabar jelah..memang dah cop kat dahi..nak buat macam mana persepsi org dgn mamak haji ini..


Tags:

About author
Halaman ini memuatkan resepi-resepi masakan yang boleh dikongsi oleh sesiapa sahaja.
Sekadar Masakan Keluarga dan Resepi Pilihan Untuk Dikongsi Bersama.
View all posts